Filled Under:

10 Dara Paling Mahal Di Dunia , Mak Ai , Harga Berjuta Dibida , Nonsense !



Nampak macam mental disorder je kan orang sekarang ni , dara pun nak jual dan dibida . Aiyak , tp ada plak orang nak beli dengan harga juta-juta lagi . apa lah nikmat yang dicari , rosak sungguh .
1. Rosie Reid

Pada tahun 2004, Reid yang berusia 18 tahun ketika itu berjaya menjual keperawanannya kepada seorang jurutera berpangkat duda. Pembida itu telah membayar sebanyak £8,400 (RM50,203.13) untuk meniduri Reid. Usai sesi bersama lelaki itu, Reid, yang sebenarnya seorang lesbian, dilaporkan menangis sepanjang hari keesokan harinya bersama kekasih songsangnya.

2. Alina Percea

Berasal daripada Romania, Percea dengan rela hati meletakkan daranya untuk dibida bagi membiayai pengajiannya dalam ijazah perkomputeran pada tahun 2009. Gadis berusia 18 tahun itu berjaya menjual aset paling bernilainya kepada seorang lelaki warga Itali pada harga £8,800 (RM 57702.22). Bukan sahaja itu, malah pembida berusia 45 tahun itu juga menanggung kos untuk menerbangkan Percea ke Venice. Percea juga menjalani dua pemeriksaan perubatan untuk membuktikan bahawa dia masih dara sebelum ‘hari penting’ tersebut.

3. Shatuniha

“Saya bebas daripada habit buruk dan sedap mata memandang”, begitulah deskripsi yang ditulis gadis ini dalam iklan jual dirinya. Dalam iklan itu, Shatuniha turut menulis bahawa dia benar-benar kesempitan wang dan memerlukan duit dengan segera. Akhirnya, Shatuniha yang berasal daripada Siberia ini berjaya membida kegadisannya pada harga tertinggi berjumlah 900,000 rubles kepada seorang pembida yang tidak mahu dikenali.

4. Unigirl

GAMBAR HIASAN
Nekad untuk mendapatkan wang segera bagi menampung kos pengajiannya, pada tahun 2010, seorang gadis New Zealand yang hanya mahu dikenali sebagai Unigirl berjaya menjual daranya kepada pembida tertinggi dengan harga 32,000 dolar. “Ia merupakan sesuatu yang amat tidak disangkakan,” katanya mengenai nilai bidaan tersebut.

5. Cathy Cobblerson

Cobblerson, 24, daripada Texas, Amerika Syarikat ini telah memecahkan rekod sebagai ‘dara paling mahal’ dengan nilai bidaan sebanyak USD100,000 dalam laman e-Bay. Bagaimanapun, bidaan itu akhirnya telah ditarik balik tanpa sebab oleh pihak e-Bay.

6. Catarina Migliorini

Pada tahun 2012, siswi daripada Brazil ini telah menjual kegadisannya dengan harga USD780,000 selepas dia mengiklankan bidaan itu di dalam Internet. Pemenangnya, seorang lelaki Jepun bernama Natsu, terpaksa bersaing sengit dengan dua orang lagi lelaki bermata keranjang sebelum berjaya untuk ‘memiliki’ Catarina yang berciri eksotik itu selama satu malam.
Walaupun dia mengiklankan daranya secara terang-terangan, namun Catarina tegaskan bahawa dia bukan seorang pelacur dan cuma berniat untuk mencetuskan impak positif dengan membina rumah kepada penduduk miskin di bandarnya dengan hasil duit tersebut.

7. Elizabeth Raine

Gadis pintar juga tak terlepas daripada mengikuti trend kurang cerdik ini. Raine, seorang pelajar jurusan perubatan, mengiklankan tawaran jual daranya melalui sebuah laman web kelolaan satu syarikat perhubungan awam yang turut menguruskan bidaan tersebut. Bidaan itu dilakukan secara profesional dengan adanya beberapa prasyarat yang perlu dipatuhi oleh pemenang sebelum melakukan hubungan seks dengan Raine.
Laman web tersebut meyediakan informasi tentang ke mana wang hasil bidaan itu disalurkan (ke sebuah badan kebajikan yang menyediakan pendidikan kepada wanita di negara-negara membangun), di samping gambar-gambar tubuh Raine dengan wajahnya dipadamkan.

8. Graciela Yataco

Model berusia 18 tahun kelahiran Peru ini terpaksa membida keperawannya bagi menanggung kos perubatan ibu serta sara hidup adik lelakinya. Niat ‘murni’ Yataco ini berjaya ditunaikan dengan jumlah USD103,000.

9. Raffaella Fico

Pada usia 20 tahun, model Itali dan bintang rancangan ‘Big Brother Italy 2008’ ini meletakkan daranya untuk dibida dengan harga tertinggi bagi membolehkan beliau membeli sebuah rumah di Rome dan untuk menampung yuran kelas lakonannya. Fico akhirnya bersetuju untuk ditiduri oleh lelaki tidak dikenalinya dengan harga USD1.8juta. Untung badan.

10. Natalie Dylan

Bagi membiayai ijazah sarjananya yang terlalu mahal, Dylan yang berusia 22 tahun pada tahun 2008 ini terpaksa menawarkan daranya untuk menghabiskan pengajian. Iklan Dylan membuahkan hasil lumayan apabila daranya telah dibida dengan harga USD3.7juta! – MYNEWSHUB.CC
Oleh: GHIBRAN EZRA