Filled Under:
5 fakta yang mungkin anda tidak ketahui tentang ORANG KFC , Fakta Ke-4 Memang Buat Korang Lagi Tak Percaya
Posted By:
Unknown
on 12:28:00 AM
Setiap kali anda makan KFC, pasti anda akan terlihat muka orang tua berjanggut dan rambut serba putih. Malah tahukah anda, bahawa wajah yang sama anda lihat itu sebenarnya satu ketika dahulu pernah mencuba untuk menyaman KFC sendiri?
Colonel Harland David Sanders merupakan orang yang bertanggungjawab mewujudkan jenama KFC. Dia lahir pada 9 September 1890. Berikut kami kongsikan 7 fakta yang mungkin anda tidak tahu mengenai ikon KFC ini.
1. Colonel Sanders seorang ahli perniagaan yang teruk
Sebelum mengecapi kejayaan dengan jenama KFC, dia sebenarnya telah gagal banyak kali termasuklah ketika bekerja sebagai peguam, penjual insurans, penjual lampu dan juga jurujual tayar. Kebanyakan kerja yang diceburinya berakhir dengan pemecatan kerana dia lebih suka bertelingkah.
2. Demi jenama KFC, dia pernah menembak seorang lelaki
Semuanya gara-gara kerana dia menaikkan papan tanda yang besar mengarahkan orang ramai menuju ke stesen minyak miliknya (yang juga merupakan lokasi kafe pertama Sanders), perkara tersebut menimbulkan perasaan marah pesaing, Stewart. Sebagai tanda protes, papan tanda tersebut diwarnakan semula oleh Stewart.
Sanders warnakan semula papan tanda tersebut namun Stewart tidak mengalah dan sekali lagi mewarnakan kembali papan tanda itu. Kes berkenaan berakhir dengan satu kematian manakala Stewart ditembak di bahu – oleh Sanders. Akhirnya Stewart dipenjarakan atas tuduhan membunuh.
3. Dia hanya mendapat $2 juta USD sahaja melalui penjualan KFC
Bermula dengan kafe tunggal kepada konsep francais, Sanders menjual perniagaannya itu pada 1964 dengan nilai USD2 juta sahaja ketika usianya 75 tahun. Dengan jumlah tersebut ditambah lagi dengan gajinya sebagai muka depan jenama KFC bukanlah perkara yang teruk, bukan?
Bagaimanapun perkara tersebut berubah apabila KFC dibuka untuk dagangan awam, pemegang saham dalam francais tersebut membuat keuntungan berlipat ganda daripada nilai jualannya malah Sanders mempercayai perkara tersebut telah dirancang dan dianiaya semata-mata mahukan dirinya melepaskan jenama KFC ketika itu.
4. Dia pernah cuba untuk menyaman KFC sebanyak $122 juta USD
KFC sendiri tidak memberikan kebenaran kepadanya untuk membuka restoran yang menjual Original Resepi miliknya setelah dia menjual KFC. Berang dengan perkara tersebut, dia menyaman KFC dengan jumlah $122 juta USD bagaimanapun perkara tersebut diselesaikan di luar mahkamah dengan bayaran – $1 juta USD sahaja dan Sanders perlu berjanji untuk tidak memalukan jenama KFC lagi.
5. Menurut Sanders, KFC tidak menggunakan pun resepi rahsia yang terdiri dari 11 rempah dan herba tersebut
Cuma beberapa orang sahaja di dunia ini yang mengetahui kandungan sebenar resepi rahsia dengan 11 bahan tersebut. Bagaimanapun menurut Sanders, KFC sudah lama tidak menggunakan resepi tersebut. Malah pada tahun 1970, melalui termuramah bersama The New Yorker, Sanders menghina resepi baru kuah di KFC – tidak sesuai untuk dijadikan makanan untuk anjingnya.
Betul atau tidak resepi Sanders masih digunakan dalam hidangan KFC yang anda makan hari ini, KFC telah banyak menaiktaraf rantaian mereka. Malangnya Sanders tidak sempat melihat kejayaan KFC yang lebih besar selepas dia meninggal pada Disember 1980 pada usia 90 tahu