Filled Under:

TERJAWAB AKHIRNYA! Ini cerita sebenar lelaki memaki hamun Ibu kandungnya di Hospital depan orang ramai...







Ini namanya si Tanggang moden. Kalau tidak kerana si ibu, dia tidak mungkin lahir ke dunia ini. Walaubagaimanapun, inilah yang berlaku pada dunia hari ini, di mana ibu bertuankan anak.

Dalam video yang mula tersebar di laman sosial itu, terlihat seorang lelaki sedang memarahi ibunya dengan sangat kasar. Tindakan lelaki itu dirakamkan oleh salah seorang orang awam yang turut berada di hospital tersebut.

Tindakan melampau lelaki tersebut seketika kemudian ditegur oleh salah seorang orang awam yang juga turut berada di tempat kejadian. Kami kongsikan video tersebut untuk tatapan anda.

Perbuatan seorang lelaki menengking wanita yang dipercayai ibunya mencetuskan kemarahan orang ramai yang berada berdekatan. Berdasarkan visual yang dimuat naik di media sosial Facebook, kejadian dikatakan berlaku di ruang menunggu sebuah hospital. Si anak yang duduk bersebelahan dengan wanita itu, kedengaran memarahi ibunya dengan nada yang tinggi dan menimbulkan rasa kurang senang salah seorang lelaki yang berada berdekatan sehingga menimbulkan perang mulut. “Bang apa nie bang cakap dengan mak macam itu, daripada tadi saya dengar bang, masalah macam mana saya tak campur…daripada tadi saya dengar… jangan hal dalam rumah bawak sampai sini, masalah hormat lah orang tua. Eh dia lahirkan kau tau..habis tu hormatlah…masalahnya hormatlah orang tua,” nasihatnya. “Masalah ini kau jangan campur boleh tak.?” Kata lelaki itu selepas perbuatan menengking ibunya ditegur. Mengulas mengenai tindakan yang disifatkan kurang ajar itu, orang ramai meminta lelaki berkenaan memohon ampun daripada ibunya. “Bukan nak doakan tapi kalau dah gini (begini).. memang tak selamat lah ko dunia akhirat…sebelum si ibu tutup mata minta ampun lah,” kata seorang pengomen di Facebook. “Padan dah kalau kena henyak pun, mau aku tumpang. Siyes aku cakap, aku boleh menangis lihat video ini, tetapi aku mampu kakikan brader tu”.