Filled Under:

Tusukkan Pisau Ke Perut Kucing Sampai Pangkal ,Akhirnya Terburai 3 Ekor Janin Anak Kucing , Padan Muka !!!!





Ish... Ish... Ishh!! Kejamnya!!!


“ARGHHHHH!! Dia buat dahh!! Celaka betul kucing abang sebelah ni!!” Boy menjerit keberangan apabila mendapati sekali lagi anak kucing belaan jiran sebelah kencing di atas kasut Converse miliknya yang diletak sebelah pasu bunga.
“Pagi-pagi bau hancing! Woi Macha, aku pinjam kasut kau ya!” jerit Boy pada rakan serumahnya yang sedang lena tidur di ruang tamu. Muka Boy merah padam memandang kasut kanvas putihnya yang kekuningan sudah kering di kencing kucing.
Selepas menyarung kasut rakan serumahnya, Boy berjalan menuju ke pintu pagar. Kali ini darahnya berderau! Dua ketul najis berwarna hijau kehitaman pekat sebesar ibu jari kaki terletak betul-betul di hadapan pintu pagar. Najis itu masih panas. Baunya terus menusuk hidung Boy yang masih belum bersarapan.
“Aduhh! Berak lagi? Dah letak pasir depan pagar pun berak jugak dekat sini? Iskkk!!” bebel Boy tak berkesudahan.
Matanya menjeling ke arah tiga ekor kucing di balik pagar rumah sebelah. Anak kucing berwarna putih tompok hitam sedang merayap-rayap di sekeliling pasu bunga, manakala seekor lagi berwarna coklat sedang menetek puting ibunya.
Ibu kucing yang berwarna putih tompok perang itu menguap beberapa kali. Sesekali mata anak kucing berwarna coklat itu melilau-lilau ke arah udara dengan pandangan mata yang sayu.
“Oh, dah berak buat-buat tak pandanglah? Santaplah puas-puas, petang ni tahulah nasib korang,” getus hati Boy sambil menapak menuju ke kolej.
Lepas habis kelas, Boy dan Macha lepak merokok di anjung rumah. Sambil memerhatikan keadaan sekeliling, Macha mengacah-acah anak kucing yang sedang bermain-main di bahagian pagar sebelah rumahnya.
“Miiiaaaaauuuu... !! Puusssss !! Pussss... miaaaauuuuu...!!” panjang muncung Macha mengacah kedua-dua ekor anak kucing yang sedang bergomol antara satu sama lain sambil memetik-metik jari.
“Miaauuu... miaaauuuu...! mmmiiauuuuu...!!!” kedua-dua ekor anak kucing yang sedang menguit-nguit telinga sesama sendiri memandang ke arah Macha.
Seakan diumpan kepala ikan goreng, anak-anak kucing itu berlari ke arah Macha. Anak kucing berwarna coklat menguit-nguit jari Macha. Dengan tidak semena-mena Boy yang dari tadi duduk mencangkung di sebelah Macha menyambar belakang tengkuk salah seekor daripada anak kucing itu.
“Argggggg mariiiiiii...!!” Anak kucing coklat yang Boy pegang dicampak terus ke dalam plastik sampah hitam.
“Yowwwwwww!!!” Anak kucing coklat tadi mengerang kesakitan apabila tubuhnya dicampak dengan kasar. Terkapai-kapai si koko kelemasan apabila dicampak ke dalam plastik. Berkali-kali si koko mencakar-cakar dari dalam. Si koko menguis-nguis untuk cuba keluar daripada plastik itu, tetapi gagal.
“Ni Boy, yang lasak nihh...!!” kata Macha sambil mencekuk si tompok.
Kali ini si tompok pula dicampak ke dalam plastik sampah hitam dengan kasar bersama-sama adiknya. Mengerang kesakitanlah si tompok apabila menerima nasib yang sama seperti abangnya.
“Miaauuu... Miauuuuu... Miauuuuuuu!!” bertalu-talu bunyi ngiauan anak-anak kucing yang kelemasan dalam plastik sampah hitam. Kedua-duanya bercakaran dalam plastik hitam cuba untuk melepaskan diri.
“Syhhhhh...!! Duduk dalam tu diam-diam! Nanti tuan korang dengar,” kata Boy sambil mengangkat plastik hitam itu dan menebuk beberapa lubang untuk anak-anak kucing itu bernafas. Beberapa kali plastik hitam itu ditampar.
Macha terus menghidupkan enjin motosikal di hadapan rumah mereka. Setelah beberapa ketika, mereka berdua berlalu keluar daripada kawasan perumahan dan menuju ke arah sebuah tasik berhampiran terletak tidak jauh dari situ.


“Aku ambil yang coklat ni Macha, aku rasa yang coklat nilah yang kencing atas kasut aku...” kata Boy sambil mengangkat si koko yang mengiau dengan suara yang lemah. Matanya sayu memandang Boy yang kerap menyepak tubuhnya apabila si koko selalu muntah di bawah selipar atau membuang najis di hadapan pintu pagar rumah anak-anak teruna itu. Pernah sekali kaki si koko terkehel kerana sepakan Boy agak kuat. Seminggu jugalah si koko berjalan tempang.
“Miauuuuuuu... miauuuuuuu... miauuuu...” berkali-kali anak kucing comel itu mengiau. Suara ngiauan si koko sudah lemah, mungkin masih kesakitan akibat ditampar oleh remaja durjana ini tadi.
Tiba-tiba dengan selamba Boy melambung anak kucing bermata biru itu terus ke tengah tasik. Lambungannya sungguh tinggi hingga berkocak air tasik yang dari tadi tenang.
Blopp... Bloppp... Bloppp!!
Si koko terus tenggelam tidak timbul. Begitulah kejamnya tindakan anak muda ini.
“Hah, turn aku pulak... Tompok ni aku nak tengok dia terkapai, jadi aku campak kat tebing saja...” kata Macha sambil mencengkam tengkuk si tompok yang dari tadi mengiau tidak henti.
Dipandangnya mata anak kucing itu sambil tersenyum tanpa sedikit pun rasa belas. Misai si tompok hampir gondol kerana beberapa kali digunting oleh Macha kerana mencakar tempat duduk motosikal anak muda hitam manis itu beberapa minggu yang lalu.
Jenglot tanah ini lagi kejam, beberapa kali jugalah si tompok pernah dilambung-lambung macam bola. Kadang-kadang sampai berdesing kepala si tompok dibuatnya.
“Okey tompok... mari kita belajar berenang...!” Macha mencampak dengan perlahan anak kucing itu di pinggir tasik. Tanpa sedikit pun rasa simpati, Macha hanya tertawa kecil apabila melihat keletah si tompok terkapai-kapai menguit-nguit tangannya di udara.
Terpancar sinar kenikmatan pada wajah Macha apabila melihat si tompok berusaha untuk timbul di permukaan tasik. Macha ketawa sambil bercekak pinggang.
Lalu... Blopp... blopp... blopp!!!
Si tompok menerima nasib yang sama seperti abangnya tenggelam di Tasik Kesuma gara-gara kebodohan mereka kerana kencing, berak dan muntah di anjung milik manusia durjana itu.
“Perghh... kau memang kejam Macha. Aku lambung kucing tu jatuh terus tercabut nyawa. Kau siap boleh tengok dia terkapai-kapai lagi,” kata Boy yang berbadan gempal sambil membonceng motosikal rakan serumahnya.
“Hang jangan banyak bunyi Boy, kalau anak-anak kucing tu kencing lagi atas kasut dan berak depan pagar, sanggup nak cuci?” balas Macha sambil tersengih-sengih. Boy tanpa banyak bicara hanya menggeleng-gelengkan kepala.
Kedua-dua jerangkung hidup ini terus berlalu meninggalkan kawasan Tasik Kesuma, Beranang yang menjadi pusara dua ekor anak kucing apabila kawasan tasik makin gelap dimakan senja.


Ish... Ish... Ishhh!!!
Yang ini pun kejam juga!!


HAH! Nama gua Bob. Panggil saja Bob Nazi! Jangan tanya gua banyak-banyak kenapa nama gua Bob Nazi. Nama gua ni diberi oleh kawan-kawan gua yang tinggal satu kejiranan dengan gua nun di Bangi, Selangor sana.@#$
Mula-mula budak-budak panggil gua Bob saja, tapi semuanya gara-gara salah seorang kawan gua yang sedang stim hisap ganja memberi gua pisau untuk gua membunuh...!!
Tak apalah, dah alang-alang gua buka cerita, biarlah gua cerita sampai habis. Tapi kalian semua janganlah marahkan gua kalau gua cerita buat kalian semua sakit hati sama gua. Gua nak cerita pasal macam mana gelaran Nazi melekat pada nama gua.
Ceritanya begini, gua ni salah seorang student di sebuah kolej swasta yang terletak di Selangor. Pada cuti semester dua tahun yang lalu, gua tak habiskan banyak masa berfaedah dengan pergi cari kerja sambilan ataupun menjadi pengasuh budak. Gua hanya lepak di rumah dan membuta pada siang hari. Pada waktu malam gua akan lepak di kedai mamak menonton bola ataupun lepak di rumah kawan-kawan main permainan video sampai subuh.
Selain lepak mamak, gua selalu melepak dengan kawan-kawan gua
dalam rumah kosong yang terletak di pinggir taman perumahan kami. Rumah tersebut sudah dua tahun tak berpenghuni. Mungkin bank lelong atau tidak ada penyewa yang baru, itu gua tak pasti. Rumah kosong ni merupakanport rasmi gua dan rakan-rakan gua menghisap ganja.
Maklumlah, kalau selalu sangat balut ganja dalam rumah gua dan kawan-kawan, lama-lama boleh kantoi dengan mak bapak kami atau jiran-jiran. Lagipun bau asap ganja ni kuat!
Dipendekkan cerita pada suatu petang gua dengan rakan-rakan
sedang menghisap ganja di rumah kosong. Sedang kami meracik-racik daun ganja kering dan tembakau rokok di bilik paling hujung tingkat atas, tiba-tiba kami terbau aroma yang kurang menyenangkan...
Yekk!! Rupa-rupanya seketul tahi kucing yang masih lembik ada di sebalik pintu bilik tidur besar. Cis! Mata gua melilau dan perasan ada seekor kucing betina yang bunting berwarna kelabu sedang menjilat-jilat tapak kakinya tidak jauh dari tempat najis itu terletak.
Gua terus naik angin bila tengok kucing bunting tersebut. Mana taknya, rumah tu port paling cantik dan selamat untuk gua dan kawan-kawan gua melepas gian.
Tiba-tiba ada kucing sial yang datang buat taik. Gua tak banyak cerita, gua terus capai pisau tajam yang diguna untuk buat bong, iaitu tabung untuk menghisap ganja.
Lepas tu gua ajak kawan-kawan gua angkut kucing betina tu turun ke ruang tamu. Hati gua meluap-luap tengok mata kucing yang pandangannya macam tak bersalah minta simpati. Tapi gua tak peduli, port gua sudah busuk dengan bau taik!
Tanpa banyak bicara, gua suruh kedua-dua kawan gua pegang kaki kucing itu. Masing-masing ikut saja apa yang gua suruh, maklumlah, kepala masing-masing tengah stim!

Gua terus tusukkan pisau ke perut kucing sampai pangkal, tanpa belas! Kucing yang bunting itu menjerit kesakitan. Kemudian gua terus toreh hingga ke bahagian kaki, kira-kira sejengkal panjangnya. Darah memancut-mancut keluar dari perut kucing yang sedang mengiau-ngiau. Lalu terkeluarlah janin anak kucing. Tiga ekor janin kesemuanya. Perghhh!!!
Selepas itu kami lepaskan kucing betina yang sedang mengerang kesakitan ke lantai. Kucing yang sedang kesakitan itu berjalan lemah tanpa arah dan mengiau-ngiau tanpa henti.
Janin yang tergantung dari perut kucing itu masih kecil, terjuntai-juntai meleret apabila ibunya berjalan lemah mengelilingi ruang tamu.
Gua dan kawan-kawan gua menikmati ilmu sains dengan penuh asyik apabila darah dan janin yang terburai bersama-sama isi perut kucing berjuntaian di lantai simen.
Masing-masing hanya terlopong bila melihat janin yang kecil dan comel itu sedang mengokot. Beberapa ketika kemudian, kucing itu terus rebah dengan mulut yang terbuka.
Hah, sebab tulah kawan-kawan gua panggil Bob Nazi! Kalian suka kucing? Gua tak! Gua benci kucing! Sebab kucinglah gua jadi kejam!


NOTA: Kedua-dua kisah di atas adalah berdasarkan pengalaman kisah benar rakan sekolej penulis sewaktu menuntut di sebuah institusi awam beberapa tahun lalu.
Semasa penulis bertanyakan bagaimana perasaan mereka ketika melakukan perkara terkutuk itu, ketiga-tiga responden yang berumur pertengahan 20-an itu langsung tidak pernah menyesal dengan tindakan kejam yang mereka lakukan. Mereka anggap menyeksa kucing hanyalah seperti menampar seekor nyamuk. Ish... ishh... ish! Sedihnya!! –Mohd. Nazirul Afiq Ismail.