Sebuah mahkamah di sini semalam diiberitahu, Amy Dawson, 22, dicampak ke lantai oleh Gavin Golightly sebelum ditumbuk berulang kali....
Golightly dikatakan hilang sabar selepas gagal membuka pakaian isterinya...
Kejadian yang berlaku di sebuah bilik hotel disewa pasangan selepas majlis perkahwinan mereka itu menyebabkan mangsa luka dan lebam pada muka dan dada...
Golightly, 29, yang mendakwa dia khayal kerana telah diberi da dah dan tidak dapat mengingat kejadian itu, mengaku bersalah mencederakan mangsa....
Bagaimanapun, dia terlepas daripada hukuman penjara sebaliknya mahkamah mengarahkannya melakukan kerja khidmat masyarakat serta diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun....
Mahkamah juga mengeluarkan perintah melarang Golightly mendekati Amy....
Amy yang menuntut cerai daripada suaminya selepas kejadian berkata, Golightly sepatutnya dijatuhi hukuman lebih berat....
Dalam keterangannya kepada mahkamah, dia berkata: “Saya sangka saya akan mati. Dia kelihatan seperti mahu membunuh saya. Saya cuba melarikan diri selepas Golightly meninggalkan bilik, namun gagal apabila dia kembali dan memukul saya lagi.
“Dia tidak lagi bermakna untuk kehidupan saya,” katanya....
sumber - Agensi