Filled Under:

Suprise Jihan ! Inilah Hadiah Perkahwinan Yang Diterima Jihan Sebaik SAH MENJADI Surihati Ungku Hariz !

pesanan Penting Ungku Hariz Buat Jihan Selepas Berkahwin. Setelah melalui detik-detik indah bergelar suami-isteri kini tugas utama mereka ialah memastikan mahligai yang baru dibina itu sentiasa kekal bahagia hingga ke Jannah. Bagi Ungku Hariz Faizal, 33, tidak meletakkan sebarang syarat kepada isterinya, pelawak Jihan Muse dalam meneruskan kerjayanya sebagai selebriti selepas berkahwin.


Katanya, apa yang penting Jihan dapat menjaga maruah dan dirinya sendiri seperti mana yang dilakukan sebelum ini.






"Kerjaya dan kehidupan kami akan berjalan seperti biasa, saya juga tidak larang atau letak syarat apa-apa selepas bergelar isteri.



"Saya percaya dan berharap dia pandai menjaga diri sendiri," ujarnya seperti yang dilaporkan mStar online.



Sementara itu Jihan berkata percintaan selama sembilan tahun membuatkan dia dan suaminya lebih matang dalam mengendalikan sebarang masalah.


"Hubungan kami sudah sembilan tahun dan boleh dikatakan agak matang sebab dulu sudah bergaduh dan tahu perangai masing-masing.



"Bagi saya yang penting ialah komunikasi walaupun kami masing-masing sibuk dengan kerjaya. Namun saya tidak menafikan kata orang kehidupan berkahwin berbeza daripada bercinta dan saya harap kami dapat laluinya dengan baik," ujarnya.


Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa, 33, dan Ungku Hariz, selamat bernikah pada Ahad (semalam) dalam sebuah majlis yang berlangsung di Laman Kayangan, Shah Alam.

Sementara itu, majlis resepsi pasangan yang bertemakan klasik akan diadakan pada 27 Mac ini di Menara Naza TTDI, Shah Alam.

Semoga Rumahtangga yang telah terbina itu akan dapat mengukuhkan lagi ikatan kasih sayang yang telah sedia ada dan kini sebagai suami-isteri pula seterusnya menjadikan hidup mereka sentiasa diberkati Oleh Allah Taala.