Filled Under:

Wow ! Inilah Wajah Pengantin Perempuan Yg Tamakkan Duit Hingga Sanggup Pukul Ibu Pengantin Lelaki



Pengantin perempuan sedang giat memukul seorang wanita yang dipercayai ibu pengantin lelaki



KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan ditumbuk oleh ahli keluarga pasangannya setelah gagal menyediakan wang hantaran RM15,000.


Dalam kejadian jam 3.15 petang di Masjid Jamek Al-Khadijiah, Pantai Dalam kelmarin, mangsa berusia 27 tahun ditumbuk selepas mahu beredar dari masjid itu kerana tidak dibenarkan meneruskan masjlis akad nikah gara-gara gagal menyediakan wang hantaran yang mencukupi sebanyak RM15,000, lapor Kosmo!


"Ketika merisik Januari lalu, pihak lelaki meminta untuk membayar RM7,500 sebagai wang hantaran. Namun pihak perempuan meminta RM15,000. Pengantin lelaki bersetuju dengan jumlah itu, namun meminta dibayar secara ansuran sebanyak RM10,000 sebelum majlis perkahwinan dan baki RM5,000 dibayar selepas majlis," kata sumber.


Lapor Kosmo!, pengantin lelaki bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan gaji sebanyak RM1,500 sebulan dan dikatakan sudah bercinta dengan kekasihnya yang berusia 21 tahun itu sejak 3 tahun lalu.


"Pengantin lelaki sudah membayar RM10,000 secara ansuran sebelum majlis perkahwinan. Bagaimanapun pihak pengantin perempuan tidak membenarkan akad nikah diteruskan selagi pengantin lelaki tidak membayar baki RM5,000.


"Oleh kerana tidak bersetuju dengan pemintaan itu, pengantin lelaki dan keluarganya mengambil keputusan untuk meninggalkan majlis akad nikah menyebabkan pengantin lelaki ditumbuk oleh seorang ahli keluarga pengantin perempuan," katanya.


Keadaan di perkarangan masjid kemudian bertukar kecoh apabila berlaku aksi memaki hamun dan pergelutan di antara ahli keluarga kedua-dua pengantin.


Sementara itu di media sosial, netizen meluahkan pendapatan mereka masing-masing.


"Ada sebab hari ini dia tak jadi kahwin kerana hantaran tidak mencukupi. Sebab Allah mahu melindunginya dari keluarga yang seperti itu. Alhamdulillah," kata Ziyad Harris.


"Pihak pengantin perempuan tidak bertimbang rasa dan sebenarnya tidak ikhlas untuk mendirikan masjid untuk anaknya, kurang berakhlak dan cetek ilmu agama," kata Setapak Jaya. -