Filled Under:

PERHATIAN Untuk Para Suami Dan Lelaki !! Ingat Ya , Jika Selalu Menggunakan Duit Isteri , Maknanya Ia Berlawanan Dengan Fitrah Yang Ditetapkan Syariat !



 sebuah restoran, satu keluarga selesai menjamu selera. Si suami memanggil pelayan untuk mengira harga dan sebaik resit diserahkan si suami mula kenyit mata kepada isteri mengisyaratkan agar membayar. Cepat-cepat isteri menyelongkar beg tangan lalu menghulurkan sejumlah wang.
Pernahkah anda sebagai isteri berdepan situasi begini? Duit gaji, suami guna. Apakah respons anda?
Menurut pendakwah, Ustaz Khairul Naim Mansor, pendapatan atau gaji isteri tidak perlu diusik si suami dengan bertanya itu dan ini kerana ia adalah hak milik mutlak isteri dan suami tidak mempunyai sebarang hak untuk mempertikaikan apa yang dilakukan dan dibeli isterinya dengan wang gaji berkenaan.
“Keadaan sekarang sungguh berbeza dengan dahulu. Jika dahulu, ibu atau isteri tidak bekerja dan hanya duduk rumah, tetapi sekarang kerana kos hidup semakin meningkat, wanita merangkap isteri dan ibu turut diizinkan suaminya untuk bekerja dengan harapan bagi membantu meringankan beban suami.
“Tetapi tindakan suami yang mahu menjadikan gaji isteri sebagai haknya adalah berlawanan dengan fitrah seorang suami yakni ketua keluarga.
"Tugas suami dan bapa adalah memberikan nafkah zahir (termasuk semua perbelanjaan untuk isteri dan anaknya). Itu yang utama, dan jika sikit-sikit isteri, alamatnya memang berlawanan dengan fitrah yang ditetapkan syariat,” katanya kepada Rehal dalam pertemuan di pejabatnya.
Menurutnya, ada sesetengah isteri bertanyakan apakah berdosa jika suami menggunakan duit isteri dan ini jawapannya. Jika suami menggunakan duit isteri tanpa paksaan iaitu atas kerelaan dan tolak ansur sesama mereka, maka ia dibolehkan.
Namun dengan syarat suami tidak boleh mengambil kesempatan atas perkara itu untuk lalai daripada tanggungjawabnya yang utama dalam memberi nafkah, pakaian tempat tinggal dan lain-lain.
Seperti yang ditegaskan, duit gaji milik isteri adalah hak mutlaknya.Jika suami tetap menggunakan tanpa kerelaan, maka isteri berhak untuk menuntut duit itu daripada suami kerana ia dianggap sebagai hutang. Dan jika ia hutang, suami perlu melunaskan walaupun mengambil masa yang lama.
Beliau menjelaskan, apabila si suami asyik menggunakan duit isteri bimbang sekiranya suami itu akan lalai daripada menjalankan tugasnya iaitu memberi nafkah zahir kepada keluarga. Si suami perlu ingat bahawa isteri keluar bekerja bukan untuk mencari nafkah sebaliknya membantu meringankan beban suami walaupun suaminya tidak bekerja.
Renunglah firman ALLAH SWT: "Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
(Surah Al-Rum: 21)