Filled Under:
Siapa Sini Yang Membesar Dengan Cerita Power Rangers Sekitar Tahun 90an? Ini Adalah Wajah Dulu & Kini Pelakon Power Rangers Setelah 23 Tahun !!
Posted By:
Unknown
on 6:19:00 AM
Sesiapa yang membesar sekitar tahun 90an pasti tak pernah miss menonton siri adiwira berkumpulan The Mighty Morphin’ Power Rangers atau Power Rangers.
Mula disiarkan pada tahun 1993, Power Rangers telah menjadi sebahagian daripada memori alam kanak-kanak majoriti golongan Gen Y di seluruh dunia.
Kami akan kembalikan nostalgia lampau dengan menerjah perkembangan terbaru bekas-bekas pelakon Power Rangers ini, 23 tahun selepas rancangan lima adiwira hebat ini bersiaran di kaca televisyen.
Wajah Dulu & Kini Pelakon Power Rangers Setelah 23 Tahun
Sebelum ditawarkan watak sebagai Jason Scott Lee, Austin St. John memang telah lama terlibat dalam sukan seni mempertahankan diri seperti taekwondo, judo, kungfu dan kickboxing.
Selepas meninggalkan siri Power Rangers, St. Austin kembali bergiat aktif dalam seni mempertahankan diri sebagai pengajar, penulis buku dan juga berlakon dalam video tentang sukan karate.
Kini berusia 38 tahun, St. John bekerja sebagai ahli paramedik dan juga bomba di Washington D.C.
Jones sebenarnya bekerja sebagai penari profesional apabila dia ditawarkan watakBlack Ranger.
Meskipun penampilannya dalam siri itu hanya separuh jalan, Jones kembali berkhidmat sebagai Power Ranger apabila suaranya digunakan dalam siri animasiPower Rangers Lost Galaxy.
Selepas tidak lagi muncul dalam Power Rangers versi live-action, Jones meneruskan karier lakonannya dan pernah terlibat sebagai watak sampingan dalam Buffy The Vampire Slayer dan Family Matters, di samping beberapa sitkom lain.
Hari ini Jones sudah berusia 42 tahun dan mempunyai syarikat penerbitan sendiri.
Yost,44, merupakan ahli Power Ranger paling popular dalam siri tersebut.
Namun, menurut lelaki itu, kehidupannya sepanjang penggambaran tidak seindah yang disangka kerana dia teruk dicemuh oleh oleh para krew akibat orientasi seksualnya sebagai seorang gay, yang menyebabkan dia mengambil keputusan untuk tinggalkan siri superhero tersebut.
Walau bagaimanapun, para penerbit Power Rangers menafikan bahawa Yost telah dibuli di set penggambaran.
“Saya tak tahu kenapa dia tergamak buat tuduhan kononnya berlaku serangan verbal bersifat homofobia sepanjang rakaman dilakukan,” jelas salah seorang penerbit, Scott Pagter.
“Sebab sebenar wataknya digantikan dengan orang lain adalah kerana Yost meminta bonus yang terlalu tinggi, selain daripada kuat menyombong dengan orang lain.”
Kini Yost aktif sebagai aktivis LGBT dan juga penerbit filem.
Thuy Trang,yang berketurunan Vietnam-Amerika, telah secara rela hati meninggalkan siri tersebut untuk mengikut jejak dua sahabatnya, Jones dan St. John, yang membuat perkara sama selepas berlaku sedikit salah faham antara mereka bersama penerbit.
Trang kemudiannya berlakon sebagai watak pembunuh dalam filem The Crow: City Of Angels dan juga Spy Hard.
Namun, Trang telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya yang meragut nyawanya pada tahun 2001. Trang meninggal dunia pada usia 27 tahun.
Johnson,42, merupakan seorang ahli gimnastik profesional sebelum berlakon sebagai Pink Ranger dan bertahan di dalam siri tersebut selama dua tahun.
Selepas meninggalkan Power Rangers, Johnson kembali melakonkan watak asalnya di dalam filem Turbo: A Power Rangers Movie, sebelum terlibat dalam siri popular, Felicity.
Johnson masih berlakon sehingga kini dan telah berlakon sebagai watak sampingan dalam beberapa siri televisyen seperti Spin City, E.R. dan Flashpoint. Dia juga sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki.
Jason David Frank merupakan pelakon Power Rangers paling tahan lama dalam siri tersebut sebagai Green Ranger pada awal kemunculannya dan kemudian sebagai White Ranger sebelum dia meninggalkan wataknya pada tahun 1997.
Frank,44, kini menjadi atlet sukan gusti MMA dan juga bakal muncul sebagai bintang realiti dalam rancangan This Is My Morphin’ Life.-
Sumber : BaruLaViral