Filled Under:
Seorang Kanak-Kanak Lelaki Hilang Tiga Jari Tangan Kanan , Gara-Gara Bermain Mercun Sementara Menunggu Waktu Berbuka Puasa.
Posted By:
Unknown
on 12:17:00 AM
KUALA KANGSAR - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun hilang tiga jari tangan kanannya dan tapak tangan terkoyak ketika bermain mercun di Kampung Sayong Lembah, petang semalam.
Adam Haikal Mohd Sabri, 11, telah menyalakan beberapa mercun di tangan sebelum membuangnya ke tempat yang jauh. Malangnya, dia tidak sempat berbuat demikian dan mercun tersebut meletup di tangannya.
Tidak lama selepas letupan mercun itu, Adam menjerit kesakitan.
Terdahulu, mangsa bermain mercun dengan beberapa orang rakannya sementara menunggu waktu berbuka puasa. Difahamkan, mereka telah dilarang untuk bermain dengan mercun, kerana ia akan menganggu jiran di sekitar.
Neneknya, Noriah Mohd Salleh, 64, berkata, cucunya terus dibawa ke Hospital Kuala Kangsar menggunakan ambulans sebelum dipindahkan ke Hospital Taiping pada jam 9 pagi.
"Pembedahan Adam selesai sekitar jam 2 pagi tadi. Sekarang, tangan kanannya cuma tinggal dua jari sahaja iaitu jari telunjuk dan ibu jari dan sedang dirawat di Hospital Taiping," katanya.
Menurut Noriah, sebelum kejadian itu berlaku, cucunya itu sedang menonton televisyen sebelum didatangi oleh beberapa orang rakan yang memanggilnya keluar bermain di kawasan berhampiran Persisiran Sayong sementara menunggu waktu berbuka.