Entri ini membongkar rahsia misteri kepala patung manusia purba yang juga dikenali sebagai Moai di Easter Island, Chile. Kami memang berminat dengan benda misteri atau peninggalan orang zaman dahulu yang menyimpan seribu satu persoalan. Rahsia patung kepala manusia di Easter Island, Chile. Sebuah pulau di Chile yang dikenali sebagai Easter Island menyimpan satu rahsia dan daya tarikan yang membuatkan kita, manusia zaman sekarang berasa terkejut dan malu.
Pulau Easter Island ini menyimpan lebih daripada 800 patung kepala manusia yang dibuat oleh orang zaman dahulu dengan setiap satunya mempunyai ketinggian lebih daripada 9 meter.
Jika anda melihat gambar ini, anda pasti dapat melihat banyak patung kepala manusia yang tertanam di dalam tanah sekitar Easter Island ini. Tetapi, walaupun patung kepala manusia ini sudah mempunyai daya tarikan yang tersendiri, namun sesuatu telah berlaku semasa penggalian kepala patung manusia ini yang menyebabkan seluruh dunia menjadi gempar!
Apa yang berlaku semasa penggalian kepala patung manusia yang dikenali sebagai Moai ini? Semasa penggalian dilakukan, rahsia patung kepala manusia ini menjadi lebih misteri lagi apabila rupa-rupanya patung-patung ini sebenarnya mempunyai badan yang tertanam jauh di dasar tanah!
Kalau kepala sahaja sudah berukuran sepanjang lebih kurang 9 meter, bayangkan ketinggian keseluruhan patung ini! Macam mana orang zaman dahulu boleh mempunyai teknologi dan teknik untuk membuat patung gergasi ini yang bukan satu, dua sahaja tetapi lebih 800 jumlah patung?
Itulah dia sedikit sebanyak rahsia kepala patung manusia di Easter Island telahpun diketahui.
sumber : http://kakipromo.com/rahsia-