Filem 'Dukun Doktor Dani'. Filem Terakhir Lakonan Arwah Yus Jambu.
Filem Terakhir Lakonan Arwah Yus Jambu Sebelum Beliau Meninggal Dunia. Filem Dukun Doktor Dani ni merupakan filem terakhir Arwah Pak Yus.
Filem ini diarahkan oleh seorang pelawak terkenal tanah air iaitu Sabri Yunus. Harap filem ni menjadi dan berkualiti, Tengok sedutan filem tersebut sangat menarik dimana pelakon utama adalah Taufiq Batisah yang merupakan seorang penyanyi dari Singapura.
Sinopsis Filem Dukun Doktor Dani
Mengisahkan tentang Doktor Dani (Taufik Batisah), seorang doktor muda yang baru sahaja mendapat kerja di sebuah hospital. Dia yang menjalani pembedahan pesakit pertamanya teruja dengan pengalaman tersebut. Tapi malangnya pembedahan tersebut gagal dan pesakit meninggal dunia. Dia memutuskan untuk berhenti kerja dan tidak mahu lagi menjadi seorang doktor. Tegasnya dia tak mahu jadi pembunuh dan meletakkan jawatan.
Dani pulang ke kampung halamannya dan keputusan tersebut benar-benar mengecewakan ibunya, Mak Siti (Khatijah Tan) yang berhabis duit membiayai pembelajarannya dahulu. Ibunya begitu marah dan tidak setuju dengan tindakan Dani dan meminta Doktor Lily (Fasha Sandha) memujuk semula Dani untuk menjadi doktor semula.
Dani akhirnya ke rumah Dukun Sudin dan melihat sendiri kehidupan dukun yang tidak terurus. Mereka sepakat untuk bekerjasama selepas itu. Dia akhirnya berniaga di hadapan rumah Dukun Sudin menjual barang-barang yang diperlukan pesakit yang datang ke rumah tersebut. Menariknya, khidmat dukun tersebut semakin laris dan mendapat ramai pelanggan. Keadaan mula berubah apabila Dukun Sudin tiba-tiba meninggal dunia.
Dani terpaksa mengambil alih tugas sebagai dukun. Masalah Dani semakin rumit apabila ibunya, Mak Siti pula jatuh sakit. Sebagai doktor, Dani tahu sakit yang dideritai ibunya. Dia tidak akan menggunakan cara dukun Dani membawa ibunya ke Kuala Lumpur. Selepas pemeriksaan doktor, nyatalah ibu Dani menderita sakit yang sama seperti pesakit yang meninggal dunia di tangannya dahulu. Dani berperang dengan dilema dan akhirnya dia bersetuju untuk melakukan pembedahan kepada ibunya sendiri.

Semoga Arwah Pak Yus Damai Disana Dan Ditempatkan Dikalangan Orang-Orang Beriman.
credit:alkisahduniawi.blogspot