Filled Under:

Terpaksa Lari Dalam Keadaan B0gel !! Tu la.. Saja Cari Penyakit !!



Terpaksa Lari Dalam Keadaan B0gel !! Tu la.. Saja Cari Penyakit !!
Macam lipas kudung lelaki ini berlari, dalam keadaan bogel. Semua gara-gara dia dikejar oleh suami kepada kekasihnya dengan pisau, selepas mendapati lelaki itu berada di atas katil bersama isterinya.
Ketika berlari itu, dia tidak kisah walaupun dalam keadaan bogel demi menyelamatkan nyawanya sendiri.
Kejadian yang mengejutkan dan memalukan ini berlaku di Argentina.
Meskipun dalam keadaan sejuk dengan cuaca 6C, dia tiada pilihan dan ketika sedang berlari itu, lelaki berkenaan cuba menahan kenderaan yang lalu.
Malangnya mereka tidak memberhentikan kereta sebaliknya merakamkan aksi tersebut. Video itu kemudiannya dimuatnaik dalam YouTube.
Menurut laporan, suami kepada kekasihnya itu telah pulang ke rumah secara mengejut ketika lelaki itu dan wanita terbabit sedang berasmara. Dia kemudiannya bersembunyi di bawah katil.
Suami wanita itu berasa curiga apabila anjing mereka tidak berhenti menyalak dan selepas menggeledah rumahnya dia menemui lelaki itu bersembunyi di bawah katil dalam keadaan bogel.
Apa lagi, bermulalah adegan di mana lelaki itu dikejar dengan pisau dan keretanya juga telah dirosakkan oleh suami wanita tersebut.
Lelaki itu hanya berjaya menahan sebuah lori selepas dia berlari melepasi lima blok dari kediaman teman wanitanya itu.- The Kuala Lumpur Post