PERKONGSIAN : Kisah Seram Pengalaman Seorang Wanita Melihat Makhluk Halus !
Wujudkah makhluk lain selain dari manusia di atas muka bumi ini?
Sekiranya anda seorang yang beragama Islam, anda perlu yakin dengan kewujudan makhluk halus kerana ianya termaktub sebagai salah satu rukun iman, biarpun kita tidak pernah melihatnya.
Namun, ada juga yang diberikan kelebihan untuk melihat makhluk-makluk halus ini. Seorang wanita yang dikenali sebagai Sha Ramson Abdullah menceritakan pengalaman seramnya yang setiap hari melihat makhluk-makhluk ini ketika dia kecil.
Selain penceritaan tentang kisah seram itu, Sha juga turut berkongsi beberapa nasihat berdasarkan apa yang dilihat olehnya. Ikuti perkongsian dari Sha ini :
Sekiranya anda seorang yang beragama Islam, anda perlu yakin dengan kewujudan makhluk halus kerana ianya termaktub sebagai salah satu rukun iman, biarpun kita tidak pernah melihatnya.
Namun, ada juga yang diberikan kelebihan untuk melihat makhluk-makluk halus ini. Seorang wanita yang dikenali sebagai Sha Ramson Abdullah menceritakan pengalaman seramnya yang setiap hari melihat makhluk-makhluk ini ketika dia kecil.
Selain penceritaan tentang kisah seram itu, Sha juga turut berkongsi beberapa nasihat berdasarkan apa yang dilihat olehnya. Ikuti perkongsian dari Sha ini :
Perkongsian dari Sha Ramson Abdullah
Saya nak sharing sesuatu. Hanya Allah yang Maha Tahu. Saya hanya taip semula apa yang saya ingat masa saya kecik-kecik dulu...
Masa umo saya dalam lingkungan 3-4 tahun, saya ada nampak banyak makhluk lain, bukan manusia. Ada makhluk besar, yang kecik, yang kurus, ada yang gemuk, yang buncit, yang tinggi, pendek, ada yang warna hijau, ada yang warna merah, warna biru, hitam, coklat, semuanya BERTANDUK, BEREKOR, MATA MERAH, ada urat hijau berselirat dalam biji mata mereka. Semuanya berkeliaran dalam rumah masa kami sekeluarga duduk di Kuarters Kesihatan Jasin, Melaka.
Masa tu saya kecik lagi, so saya tak tahu apa nama makluk tu. Ada jantan, ada betina. Saya beritahu arwah Mak saya. Mak pula yang takut. Tapi Mak percaya apa yang saya cakap. Iyelah, masa tu saya umo baru 3-4 tahun. Budak lagi. Takde dosa hehe!
Saya ingat lagi sampai sekarang rupa makhluk makhluk tu. Mungkin mereka itu golongan jin. Banyak sangat. Ada anak jin jantan yg bermain-main dengan saya di tepi hujung katil. Saya pun seronok main dengan dia, sebab masa itu saya budak-budak lagi, saya tak tahulah itu jin dan memang sifat budak-budak suka bermain. Dia ajak main, saya pun mainlah. Kalau ditanya bagaimana saya berkomunikasi dengan jin, cakap bahasa apa... saya pun tak tahu. Sebab saya kecik lagi masa tu.
Yang pasti saya faham pula bahasa dia. Masa main-main itulah Arwah Mak saya perasan yang saya macam sedang bercakap dengan seseorang, siap bergelak ketawa lagi. Mak saya risau.
Arwah Mak datang dekat saya. Mak tanya saya nampak apa? Cakap dengan siapa? Gelak-gelak dengan siapa? Saya tunjuklah sambil cakap : "Tuuu... Tuuuu.... Mak tak nampak ke?" kata saya sambil menunjuk semua makhluk-makhluk disekeliling saya.
Arwah Mak saya pun pandanglah apa yang saya tunjuk. Makhluk-makhluk tu semua buat bodoh je. Buat tak tahu. Ada yang tengah berjalan, ada yang nak masuk pintu rumah kami tapi tak muat sebab dia tinggi (nak tunduk pun dia tak reti. Hat ni saya ketawa sambil tunjuk kat Mak sebab kelakar sangat tengok makhluk tu tak reti nak tundukkan kepala nak masuk rumah kami), ada yang tengah bersembang-sembang sesama diorang, ada yang tengah korek hidung, ada yang tengah korek telinga, ada yang tengah bergayut kat kipas, ada yang tengah melekat dekat siling rumah, ada yang tengah makan, melompat-lompat atas meja makan, ada yang tengah minum, ada yang berlari-lari. Kelakuan makhluk-makhluk itulah yang buat saya ketawa kuat masa tu. Tapi rupanya saya seorang je yang ketawa. Famili saya semua dah takut haha!
Masa tu, kat rumah kami ada Ayat Kursi yang diukir dijadikan frame besar, gantung dekat dinding rumah. Makhluk-makhluk tu tak takut pun dengan ayat-ayat Quran. Lagi diorang duduk bertenggek atas frame Ayat Kursi tu ada lah. Allah sendiri perlihatkan pada saya, ada makhluk kurus dan berperut buncit kepala botak warna hijau duduk bertenggek atas frame Ayat Kursi tu. Kelakar wei rupa dia. Tak hensem pun. Kalau Allah perlihatkan dekat korang rupa diorang ni, mesti ramai yang terkejut, sebab diorang nampak hodoh, menyeramkan, rasa nak pengsan semua ada. Diorang ni macam tak tahu apa-apa. Takde perasaan.
Abah dan arwah Mak lah yang bersusah-payah cari penawar untuk saya supaya saya tak nampak benda-benda macam tu lagi haha! Sifat orang tua ni memang macam tu. Diorang punya risau tahap dewa hehe! Diorang bawa saya pergi berubat sampai ke Johor. Tak ingat Johor tu dekat mana sebab masa tu saya kecik lagi. Sifat budak-budak ni dia tak tahu nama tempat, tapi dia mudah ingat peristiwa. So sejak itu, saya dah tak nampak apa-apa makhluk dengan izin Allah.
Allah Maha Tahu.
Allah tahu kot kalau saya nampak lagi makhluk-makhluk tu, saya pengsan agaknya :D
Anyway... Apa yang saya nak sharing disini bukan cerita bagaimana rupa makhluk Allah ini semata-mata cuma ketahuilah bahawa :
1) bukan kita saja yang duduk dalam dunia ini tapi ada makhluk lain. Mereka di alam lain tapi nampak macam duduk dalam dunia kita. Sebab tu diorang suka hati je nak bergayut atas kipas ke, bertenggek atas Ayat Quran ke, pijak-pijak makanan atas meja makanan kita ke... sebab bagi diorang dunia kita ini adalah permainan bagi diorang. Allah pun cakap dalam Quran "Innamal hayatud dunya la'ibuw" kehidupan dunia hanyalah ibarat permainan...
2. Kita tak nampak mereka tapi mereka nampak kita. Sebab itulah kita wajib baca doa sebelum m