Filled Under:

Wad Bersalin Terbakar , 11 Bayi Maut



Wad Bersalin Terbakar , 11 Bayi Maut
BAGHDAD - IRAQ. Seramai 11 bayi maut selepas wad bersalin di sebuah hospital terbakar, hari ini.
Menurut laporan CNN, punca kematian adalah disebabkan sesak nafas selepas was bersalin di hospital Yarmouk terbakar.
Laporan awal dari unit Pertahanan Awam mengatakan kebakaran berpunca dari litar pintas.
Seramai 29 wanita melahirkan anak di hospital pada malam tersebut dan telah dipindahkan ke hospital lain selepas kejadian. - Sinar Harian