Filled Under:

Dari Berskirt Pendek , Mula Berhijab Dan Kini Selangkah Membina Masjid , Kita Doakan Cik Piah Semoga Berbahagia

Gambar-gambar pra perkahwinan penyampai radio dan pengacara Feeya Iskandar, 27, dengan Nurashid Wahab yang dilakukan oleh jurugambar rasmi mereka lifestyleweddings.co.

Selain sibuk dengan kerjaya masing-masing, mereka kini juga sedang sibuk menguruskan majlis pernikahan dan persandingan yang bakal diadakan pada Mei depan.

"Saya hendak nikah dan mengadakan majlis resepsi. Kalau saya terus sibuk, macam mana saya mahu menguruskan majlis saya?





"Walaupun ahli keluarga membantu, saya tidak boleh ambil sikap lepas tangan, sebab yang mahu bernikah dan buat kenduri adalah saya," ujar Feeya yang semakin sibuk dengan kerjayanya.

Bagaimanapun, pada majlis pernikahan dan resepsinya nanti, dia mengambil pendekatan bersederhana dan tidak mahu bergantung pada penajaan semata-mata.



"Pasal tajaan, kalau setakat pelamin dan baju bolehlah. Tapi kalau sampai bab lauk pauk hendak ditaja, melampaulah.

"Saya sendiri merancang untuk mengadakan majlis ini mengikut kemampuan. Mungkin ada yang terkejut apabila membaca kenyataan saya, maklumlah bila tengok gambar majlis pertunangan, bukan main sakan lagi.

"Tapi secara jujurnya, saya sendiri tidak mahu majlis pernikahan dan persandingan sampai berhutang semata-mata mahu ia nampak gah dan digelar ‘wedding of the year’. Tidak semestinya majlis sederhana yang dilakukan nanti tidak meriah.

"Pada sayalah, kemeriahan majlis pernikahan dan persandingan ini datang daripada ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat handai. Ia menjadi medan penyatuan dua keluarga. Saya percaya pada doa dan restu daripada tetamu yang hadir buat pasangan mempelai," tambahnya dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.














X' TRA







Foto: lifestyleweddings.co - Cik Piah IG & Rashid IG