Filled Under:

Bayi Diabaikan Oleh Ibunya ! Lihatlah Apa Yang Terjadi Kepada Bayi Ini , Kesian Betul..!!



Romania: Seorang bayi diabaikan oleh ibunya meskipun baru hanya dua minggu dilahirnya. Disebabkan pengabaian itu, tubuh bayi menjadi kurus, kering dengan kulit berwana kuning, dan turut mengalami masalah kegagalan hati serta pernafasan.
Lebih menyayat hati apabila menurut doktor, selain diabaikan, dipercayai bayi malang ini juga turut menjadi mangsa gigitan binatang.
Selain itu bayi tersebut juga mengidap jangkitan darah. Tetapi apa yang mengejutkan pasukan perubatan apabila bayi tersebut masih hidup walaupun diabaikan sedemikian rupa.
Demi memastikan bayi itu terus hidup, doktor berusaha sedaya upaya siang dan malam.
Setelah ditinggalkan oleh ibunya di hospital dan tidak pernah langsung datang mengunjunginya. Wanita itu turut mempunyai lapan anak yang lain.
Manakala suaminya pula bekerja di Itali dan dilaporkan tidak dapat menghantar wang kepada isterinya kerana dia dipenjara kerana mencuri.
Perkara itu menyebabkan wanita itu terpaksa meneruskan hidup bersama anak-anak tanpa sebarang bantuan dari suami sehinggakan bayi baru lahir itu tidak dipedulikan dan masih belum diberikan nama.
Cadangan pihak berkuasa akan menempatkan bayi itu di jabatan kebajikan tetapi wanita itu tidak membenarkan anaknya dijadikan anak angkat.

Sumber : http://tabviral.blogspot.my/