Filled Under:

Mencuri Peralatan Membuat Kuih , Hanya Kerana Mahu Menjalankan Perniagaan Kuih Raya ??!!



KUALA LUMPUR: Gara-gara mencuri peralatan membuat kuih raya dan beberapa barang lain di sebuah pasar raya, seorang wanita dihukum penjara sehari dan didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret hari ini.
Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu ke atas Mazileen Mubarak Ali, 29, selepas dia mengaku bersalah mencuri 15 jenis peralatan membuat kuih dan juga makanan kucing yang bernilai RM114.60 milik Sogo Department Store, di sini pada 6.30 petang, semalam.
Antara barang itu ialah acuan biskut, pisau kek, berus pastri, penggelek plastik dan papan kuih siput.
Terdahulu, Mazileen yang bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan dalam rayuannya berkata dia mencuri kerana mahu menjalankan perniagaan kuih raya dan ini merupakan kesalahan pertamanya.
Dia juga memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan dengan alasan suaminya tidak bekerja dan dia perlu menanggung ibu bapanya yang sudah tua.
Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada tertuduh.
Mahkamah memerintahkan wanita itu menjalani hukuman tersebut dari tarikh dia ditangkap pada 8 Jun dan jika gagal membayar denda dia boleh dipenjara 10 hari.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda dan bagi kesalahan kali kedua atau lebih boleh dikenakan hukuman penjara dan juga denda atau sebatan. – BERNAMA

sumber : http://barulaviral.blogspot.co.id/