Filled Under:

Kalau Korang Tahu Apakah Maksud Disebalik Perkataan " AleUtoo , Lanjiou dan Nok Haromm , Pasti Korang Tak Akan Sebut Lagi Selepas Baca Artikel Ini .



Bacalah dan jangan amalkan lagi walau nampak simple perkataan tu , jangan jadikan ia perosak bahasa kita MALAYSIA :V

Apakah Maksud Sebenar "Ale Uto, Lanjiao Dan Nokharom" ?

Perkataan-perkataan baru seperti Ale Uto, Lanjiao dan Nokharom banyak digunakan oleh warga internet Malaysia, lebih-lebih lagi setelah dipopularkan oleh fanpage troll popular seperti Amran Fans . Perkataan-perkataan ini menjadi trend dan diikuti oleh pelbagai lapisan masyarakat dari yang muda sampailah yang tua, tanpa mereka tahu apa maksud perkataan tu pun. Malah ada yang siap buat design baju menggunakan perkataan tersebut.

Namun tahukah anda apa maksud dan makna di sebalik perkataan-perkataan tersebut?

Ale Uto = Kepale Butoh
Apa itu butuh?
Di dalam kamus dewan butuh membawa makna kemaluan laki-laki.

Lanjiao = Lanciau = Lancau
Apa itu lanciau?
Malaysian Hokkien word for penis
Tua (tooar) lanciau - big dick
Lanciau lang - dickhead (annoying person)

Nokharom = Anak Haram
Apa itu anak haram?
Anak yang terhasil atas hubungan luar nikah lelaki perempuan yang bodoh.

Kesimpulannya janganlah guna perkataan carut tu terutama mak bapak, janganla suka-suka panggil anak korang dengan ale uto, lanjiao, nokharom dan lain-lain perkataan carut.

Tambahan: aku pernah terjumpa ada budak kecil yang masih sekolah rendah guna perkataan Kimak kat FB, bila aku sound dia apsal main mak mak, dia cakap bila masa dia cakap mak? Dan bila aku tanya dia tahu tak apa maksud Kimak, dia tak tahu.

Kimak = Pukimak
Mengikut Wiki: Pukimak merupakan satu perkataan yang amat tidak sopan dalam Bahasa Melayu. Perkataan ini berasal daripada perkataan slanga "Puki" (faraj) dan "mak" (emak) yang mencadangkan wujudnya perhubungan seksual sumbang antara seseorang dengan ibunya.[perlu rujukan] Perkataan pendeknya adalah kimak. Perkataan ini biasa digunakan untuk mencari gaduh dengan menjengkelkan mereka atau menunjukkan kemarahan terhadap seorang individu.

Jadi, selepas ini, lebih baik anda elak daripada menggunakan perkataan seperti ini. Jika mereka tidak tahu, anda bertanggungjawab untuk memberi penjelasan kepada mereka.Sekian terima kasih.

disalin semula dari : cakapkl.blogspot.com