Filled Under:

Mewancara Secara Langsung Seorang Lelaki Yang Hampir Menemui Ajal Akibat Dilanggar ! Memang Melampau !!




Mewancara Secara Langsung Seorang Lelaki Yang Hampir Menemui Ajal Akibat Dilanggar ! Memang Melampau !!
SAN SALVADOR - EL SALVADOR. Seorang wartawan El Salvador, mengejutkan para penonton apabila bertindak mewancara secara langsung seorang lelaki yang hampir menemui ajal akibat dilanggar sebuah lori.
Memetik laporan Mail Online, wartawan berkenaan dilaporkan secara kebetulan ternampak satu kemalangan yang membabitkan lelaki berkenaan, dan seolah-olah seperti seorang yang komited dengan kerjayanya, wartawan dari stesen televisyen TVO Noticias itu tanpa mempedulikan kesakitan lelaki itu, terus mengeluarkan mikrofon dan mewancara lelaki itu.
Selepas mengeluarkan mikrofon wartawan itu lantas bertanya kepada lelaki itu apa sebenarnya yang terjadi kepadanya.
Lelaki itu dalam keadaan menahan sakit menjawab: "Saya dilanggar dan saya sangat sakit,".
Wartawan itu bertanya lagi adakah dia tidak melihat kenderaan berkenaan ketika melintas jalan dan lelaki itu menjawab tidak.
Lebih mengejutkan, wartawan itu terus mengasak lelaki itu dengan bertanyakan soalan mengenai ke mana mangsa hendak pergi selepas kejadian terbabit.
Lelaki itu kemudiannya menjawab: "Ke hospital."
Di akhirnya, lelaki itu kemudian dibawa ke hospital oleh sebuah ambulans, namun dilaporkan meninggal dunia disana akibat kecederaan yang dialaminya. Sinar Harian