Filled Under:

TERENGGANU ; Kejam ! Sanggup Seorang Bapa Merogol Anaknya Sendiri Yang Kurang Upaya (OKU).


Kejam ! Sanggup Seorang Bapa Merogol Anaknya Sendiri Yang Kurang Upaya (OKU).
KUALA TERENGGANU - Perbuatan kejam seorang bapa merogol anak kandungnya yang juga seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) lembam akhirnya terbalas apabila dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, di sini.
Keputusan dibuat selepas tertuduh berusia 41 tahun itu mengaku salah terhadap pertuduhan Seksyen 376 (B) (1) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.
Berdasarkan pertuduhan, bapa kepada tiga anak ini didakwa melakukan sumbang mahram dengan merogol mangsa yang berusia 10 tahun di sebuah rumah di Kampung Seberang Takir, di sini, antara jam 11 malam hingga 1 pagi, pada 2 dan 3 Ogos lalu.
Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun, dan boleh juga dikenakan sebatan, jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rohaiza Abd Rahman di hadapan Hakim Rofiah Mohamad.
Mengikut fakta kes, mangsa yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik sedang lena tidur di ruang tamu sebelum didatangi bapa kandungnya dalam keadaan tidak berpakaian.
Tertuduh tanpa rasa bersalah bertindak membuka seluar dan baju dipakai mangsa ketika itu sebelum merogol mangsa.
Perbuatan terkutuk tertuduh itu disaksikan adik lelaki mangsa yang berusia tujuh tahun dan disebabkan takut dimarahi tertuduh, kanak-kanak itu terpaksa berpura-pura tidur ketika kejadian.
Mangsa yang sedang tidur terjaga akibat perbuatan tertuduh dan menceritakan kejadian itu kepada abang sulungnya kira-kira jam 3 petang, pada 3 Ogos lalu.
Bengang selepas mendengar cerita terbabit, abang mangsa kemudian mengambil keputusan menceritakan kejadian itu kepada ibu mereka sebelum membuat laporan di Balai Polis Gong Badak, di sini.
Susulan laporan diterima, tertuduh ditahan kira-kira jam 11.30 malam, pada 4 Ogos lalu.-Sinar Harian

sumber http://wartawan-jalanan.blogspot.my/