Filled Under:

PANAS ! Betul ke Hafiz Hamidun tak kisah kawin JANDA ?!!




Selepas kecewa beberapa kali sebelum ini dalam percintaan, Hafiz Hamidun enggan terlalu bersikap memilih lagi dan tidak kisah jika dirinya dijodohkan dengan wanita yang lebih berusia ataupun janda. Malah beliau juga tidak mahu berlenggah untuk mendirikan rumah tangga dan membayangkan dirinya akan menamatkan zaman bujang pada tahun depan.

“Saya mensasarkan untuk mendirikan rumah tangga pada tahun depan, cuma dengan siapa belum tahu. Saya juga tiada masalah dengan wanita berusia mahupun janda jika merekalah jodoh saya kerana pemikiran wanita sebegini lebih matang. Faktor itu sangat penting memandangkan saya sentiasa sibuk dengan karier seni dan perniagaan dan mereka lebih berdikari”

“Saya seorang yang cepat teruja apabila berkongsi kisah peribadi walaupun menyedari perhubungan terjalin masih terlalu baru. Bagaimanapun apabila sering kali putus dalam percintaan saya kena lebih berjaga-jaga. Saya bukanlah lantang bercerita, cuma sekadar berkongsi apabila ditanya soal cinta,” katanya kepada Berita Harian Plus mengenai perkara itu.

Sementara itu, Hafiz turut menegaskan bahawa beliau tidak mahu lagi tunggu terlalu lama apabila terjebak didalam sesuatu hubungan kerana baginya apabila menunggu, pasti ada sahaja pihak yang menganggu. Sebelum ini beliau pernah menyatakan hasratnya yang merancang untuk bernikah pada tahun ini dengan seorang gadis pilihannya yang berusia 25 tahun.

Terdahulu kenyataan Hafiz mendedahkan kisah percintaan beliau kepada umum mendapat kritikan serta pandangan negatif apabila beliau dikatakan seolah cuba mencari perhatian. Namun beliau tampil menafikan tuduhan itu dan seterusnya menolak dakwaan cuba mencari publisiti apabila beliau sering bercerita kisah percintaan kepada orang ramai.

sumber : http://www.beritapremium.com/2016/08/hafiz-hamidun-tak-kisah-kahwin-janda.html?m=1